Saturday, November 13, 2010
Hairuddin tinggalkan Kelantan?
JUARA baru Piala Malaysia, Kelan- tan dikatakan hampir pasti kehilangan khidmat Hairuddin Omar yang merupakan salah seorang penjaring gol perlawanan akhir Piala Malaysia ketika menentang Negeri Sembilan, 30 Oktober lalu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, pemain kelahiran Terengganu yang menyarung jersi The Red Warriors sejak awal musim ini disebut-sebut akan menandatangani kontrak bersama pasukan Negeri Sembilan untuk musim depan.
Matchday 6 Asian Games 2010 (Schedule)
Today Match - 13 November 2010
Group A
Kyrgyzstan - Japan, 13 November 2010, 19:00
China PR - Malaysia, 13 November 2010, 19:00 (Live at Astro Arena 801)
Group B
Bahrain - Turkmenistan, 13 November 2010, 19:00
Iran - Vietnam, 13 November 2010, 19:00
Group C
Korea Republic - Palestine, 13 November 2010, 16:00
Jordan - Korea DPR, 13 November 2010, 16:00
Friday, November 12, 2010
Malaysia lwn China (Berita)
Rajagobal pening
BARISAN K Rajagobal hanya selangkah untuk menamatkan penantian 32 tahun Malaysia layak ke pusingan kedua Sukan Asia dan detik itu bermula di Stadium Tianhe, malam ini.
Malaysia hanya memerlukan seri untuk muncul naib juara Kumpulan A bagi layak secara automatik ke pusingan itu.
Namun, ia bukan mudah seperti A, B, C. Malaysia berdepan tugas berat menentang pasukan tuan rumah, China yang hanya mahukan kemenangan mutlak.
Keputusan seri tidak ada dalam kamus mereka kerana jika ia berlaku, maruah selaku negara yang layak beraksi di pentas Piala Dunia 2002 akan tercemar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
