Saturday, October 30, 2010

Final Piala Malaysia 2010

 Gambar - Utusan Malaysia

Sejarah tercipta di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan muncul pasukan ke 14 yang berjaya memenangi Piala Malaysia. 

Walau bagaimana pun pasukan Kelantan sedikit cemas apabila Negeri Sembilan berjaya mendahului 1-0 selepas Shahurain Abu Samah berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S kunalan didalam kotak penalti.



Kehilangan kapten pasukan kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak yang mengalami kecederaan jelas mempengaruhi corak persembahan pasukan Negeri Sembilan dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Kelantan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan cantik Hairudin Omar yang menerima umpanan dari Nor Shahrul Idlan Talaha.

Tersentak dengan jaringan itu Negeri Sembilan segera menyerang untuk mencari gol  namun sebaliknya berlaku apabila satu serangan balas pantas Kelantan berjaya menembusi pintu gol Negeri Sembilan melalui rembatan kencang Badri Radzi atau Piya.

Terdesak untuk mencari gol, Negeri Sembilan terus menyerang bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan namun keputusan 2-1 yang memihak kepada Kelantan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.




PENGURUSAN TERBAIK + PEMAIN TERBAIK + PENYOKONG FANATIK = PIALA MALAYSIA 2010 !!

SYABAS KELANTAN !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...