Saturday, October 30, 2010

Preview Final Piala Malaysia 2010


Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini sedikit menarik kerana sekali lagi telah menemukan finalis tahun lalu Kelantan dan Negeri Sembilan. Ia ibarat ulangan perlawanan akhir tahun lepas. Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia ini lebih memihak kepada pasukan Negeri Sembilan yang telah menang sekali dan seri sekali dalam dua pertemuan pasukan ini dalam saingan peringkat kumpulan.  

Kelebihan mungkin berpihak kepada pasukan Kelantan yang dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman seperti Indra Putra, Hairudin Omar, Badri Radzi dan Daudsu Jamaludin sambil dibantu oleh pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Norsharul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.


Tetapi keupayaan pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Membariskan gabungan pemain-pemain muda dan senior. Gandingan Shukor Adan dan Aidil Zafuan di barisan pertahanan serta Shahurain Abu Samah dan Idris Karim di barisan serangan pasti akan mendatangkan kesusahan kepada pasukan Kelantan. 

Aku amat amat berharap agar insiden 'peperangan' tahun lepas tidak berulang lagi tahun ini. Penyokong kedua-dua pasukan diharap supaya dapat mengawal emosi mereka. Terapkan semangat 'Fair Play' dalam diri setiap penyokong baik Kelantan atau Negeri Sembilan. Nasihat aku kalau nak provoke pun biarlah hanya melalui nyanyian lagu semangat dan laungan 'gomo kelate gomo' serta 'hoben jang hoben' sahaja.

Aku masih teringat lagi Final Piala Malaysia 2007. Pada waktu itu penyokong kedua-dua pasukan amatlah 'sporting' sekali. Kehadiran penonton pada waktu itu hampir mencecah 100 ribu orang. Walaupun tiada gap antara kedua-dua penyokong namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyokong saling bekerjasama melakukan 'mexican wave' saling 'provoke' dalam bentuk nyanyian dan juga laungan semangat pasukan masing.

Bagi peminat-peminat bolasepak tanah air yang tidak berkesempatan untuk ke stadium anda boleh menyaksikannya secara langsung di RTM 1 dan Astro Arena. Nasihat aku kalau sape-sape yang tengok kat kedai mamak tu kalau diorang pasang EPL sila maki owner suruh dia tukar PIALA MALAYSIA.

BOLA SEPAK KITA WAJAH KITA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...