Wednesday, September 29, 2010

HCMC - Vietnam U23 2-1 Malaysia U23

Malaysia Mula Kempen Dengan "Langkah Kiri"

      Skuad bawah 23 kebangsaan memulakan kempen Piala Millineum dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah. Pasukan tuan rumah yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain-pemain yang memenangi pingat perak pada Sukan Sea Laos pada tahun lalu dilihat lebih mengasak pada awal separuh masa pertama.

    Vietnam memperoleh gol pertama pada minit ke 18 apabila Ahn Duc mudah menolak masuk bola muntah hasil cubaan awal Ngoc Dieu.

   Tujuh minit kemudian Vietnam berjaya memperoleh gol kedua selepas gerakan menarik Ngoc Dieu yang menggelecek dua pemain pertahanan Malaysia, Aidil Zafuan dan Nasriq Baharom dan seterusnya melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

   Malaysia berjaya merapatkan jurang defisit gol apabila pada minit ke 44 Norsharul Idlan Talaha berjaya menyumbat gol pertama hasil kesilapan penjaga gol Vietnam.

   Separuh masa kedua bermula, dengan dilihat Malaysia menampilkan aksi yang lebih tersusun. Malaysia dilihat lebih mengasak pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama yang lalu. Namun kedudukan 2-1 kekal hingga ke garisan penamat.

  Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Singapura berjaya mengikat Iran 1-1 yang dilangsungkan di Stadium yang sama.

  Esok Malaysia akan turun menentang Iran manakala Vietnam akan menentang Singapura.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...