Thursday, September 23, 2010

Latihan Pusat Skuad Kebangsaan.

Pasukan kebangsaan telah mengatur jadual latihan  bagi mengahadapi Sukan Asia Guangzhao pada 7 November hingga 27 November dan Kejohanan AFF pada 5 Disember hingga 28 Disember yang akan datang. Beberapa muka baru telah dipanggil oleh jurulatih K. Rajagopal antaranya Safee Sali dan Shakir Ali. Rajagopal juga telah memanggil 8 pemain Harimau Muda yang kini berada di Slovakia. Selain itu , penyerang berbisa negara, Zaquan Adha disahkan tidak akan dapat beraksi pada kedua-kedua kejohanan tersebut kerana kecederaan ACL sewaktu berada di Qatar tempoh hari.

Sementara itu pasukan kebangsaan juga akan berlepas ke Vietnam untuk menyertai pertandingan Piala Millineum yang juga disertai oleh tuan rumah Vietnam, Singapura dan Iran. Pasukan kebangsaan juga dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Felda United pada 24 Disember ini di Padang FAM.

Senarai penuh pelatih skuad kebangsaan.

1) Amar Rohidan - Perlis  
2)Ahmad Fakhri Saarani - Perlis 
3)Ahmad Shakir - Kedah  
4)Baddrol Bakhtiar - Kedah  
5)Mohamad Azmi Muslim - Kedah  
6)Mohamad Faizal Abu Bakar - Kedah  
7)Mohd Sabre Mat Abu - Kedah  
8)Mohd Asraruddin Putra - Selangor  
9)Mohd Nasriq Baharom - Selangor  
10)Mohd Safee Mohd Sali - Selangor  
11)Safiq Rahim - Selangor  
12)Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak - Negeri Sembilan  
13)Kunalan Subramaniam - Negeri Sembilan  
14)Mohd Sharbinee Allawee - Terengganu  
15)Norshahrul Idlan Talaha - Kelantan  
16)Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan  
17)Gary Steven Robbat - Harimau Muda  
18)Gurusamy Govander Kandasamy - Harimau Muda  
19)Izzaq Faris Ramlan - Harimau Muda  
20)Mahalli Jasuli - Harimau Muda  
21)Mohammad Muslim Ahmad - Harimau Muda  
22)Mohd Fadhli Mohd Shas - Harimau Muda 
23)Mohd Fandi Othman - Harimau Muda  
24)Mohd Zamir Selamat - Harimau Muda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...