Sunday, September 26, 2010

Import ! Perlu atau Tidak ??

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan bermesyuarat pada 4 Oktober ini untuk menetukan format Liga Malaysia pada tahun hadapan dan sekali gus akan menjawab persoalan tentang adanya pemain import pada tahun hadapan atau tidak.

Pemain import ini sebenarnye ada pro dan kontranya terutama kepada negara kita yang baru nak "up" balik dalam bola sepak ni.

Pro.
1) Sudah semestinya dengan kehadiran pemain import mutu permainan kita akan bertambah lebih menarik.
2) Pemain import juga menyumbang kepada kehadiran penyokong ke stadium (kecuali Kelantan).
3) Memberi persaingan yang sihat kepada pemain-pemain tempatan.

Kontra.
1) Kontra die sebenanya tidak banyak cuma satu je. Ia akan  merencatkan perkembangan pemain-pemain muda. Sebagai contoh, kalau FAM bagi kuota 3 pemain import kepada setiap pasukan sudah tentu salah satu dari 3 pemain itu adalah striker. Dan striker merupakan posisi yang paling sikit sekali pemain dalam satu perlawanan. Paling banyak pun dua atau tiga sahaja. Apabila pemain import dah kuasai satu dari dua atau tiga tempat dalam posisi striker macam mana striker-striker muda tempatan nak main? Ini terbukti apabila tahun 2004-07 dahulu kita ketandusan penyerang-penyerang  muda dan akhirnya terpaksa mempertaruhkan pada "kuda tua". Tetapi selepas FAM melarang pemain import beraksi dalam Liga M pada musim 2008, kita dapat lihat munculnya penyerang-penyerang muda seperti Zaquan Adha, Norsharul Idlan, Badrol Bakhtiar, Fakri Saarani dan sebagainya.

Konklusinya, aku rase belum tiba masa yang sesuai untuk kita ambil kembali pemain import. Biar pasukan negeri kita tewas dalam saingan serantau asalkan tidak pada pasukan kebangsaan. Masanya akan tiba untuk kita kembali pada pemain import tapi bukan sekarang mungkin selepas kita layak ke Piala Asia nanti. Tetapi andai kata FAM membuka kembali pintu kepada pemain import untuk beraksi di Liga M pada musim hadapan aku berharap sangat agar pasukan U17 kebangsaan yang baru memenangi Piala Presiden di beri pendedahan di luar negara supaya negara kita tidak ketandusan bakat-bakat muda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...