Thursday, November 4, 2010

Perkembangan Harimau Muda A di Slovakia

HARIMAU MUDA A 1-0 RIMAVSKA SOBOTA

Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam ke gelanggan lawan tidak menghalang Pasukan Harimau Muda mencatat kemenangan ketiga berturut-turut. Kali ini mereka menewaskan pasukan yang pernah meratah mereka dengan jaringan 3-0 pada kunjungan musim pertama dahulu (2 Nov. 2009)

Harimau turun dengan barisan kesebelasan yang hampir sama semasa menentang pasukan Puchov minggu lepas, kecuali Mohd Nazri Ahmad mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Amer Saidin yang masih mengalami kecederaan.

Mohd Farhan Abu Bakar salah seorang pemain yang berusia 17 tahun di beri kepercayaan menjaga gawang gol. Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Harimau Muda membuat perubahan taktikal dengan menggeluarkan Saarvindran dan memasukkan Sivanesan pada minit ke 54 bagi memperkemaskan lagi barisan serangan, percaturan tersebut membuahkan hasil apabila gerakannya membolehkan Abdul Shukur B. Jusoh menjaringkan gol pada minit ke-59.

Pasukan tuan rumah berusaha mendapatkan jaringan penyamaan dengan gerakan pantas dari sebelah kiri dan kanan dengan hantaran hantaran lintang di hadapan gol, namun Mohd Farhan Abu Bakar membalas kepercayaan yang diberikan dengan mengawal begitu baik di posisi pertahanan terakhir walaupun ini adalah perlawanan pertama beliau. Sehingga tamat permainan keputusan kekal dengan Pasukan Harimau Muda mengatasi lawan 1-0.

Kesebelasan HM A separuh masa pertama

Kesebelasan R. Sobota


Mohd Farhan beraksi cemerlang sepanjang perlawanan

Mohd Irfan dan Saarvindran cuba menghalang cubaan pihak lawan


Pergelutan di hadapan pintu gol Harimau Muda
SUMBER - HARIMAUMUDA.COM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...